Senyum Itu Sedekah 5:30 AM


Senyum itu terlalu mudah tetapi kenapa ramai di kalangan kita terlalu susah dan payah untuk memberi senyuman. Kita tahu senyum itu adalah sedekah, Ya Allah betapa banyaknya pahala sekiranya kita memberi sedekah dengan seikhlas hati. Sedekah senyuman sedikitpun tidak memerlukan pengorbanan wang ringgit, lagi mudah untuk kita mendapat pahala, hanya dengan senyuman dari bibir.

Oleh itu, senyumlah selalu tp ingat.. Senyuman Ikhlas dari Hati. Sama2 kita bersedekah, sama2 kita amalkan, InsyaAllah:-)

Menanti Di Barzakh 11:40 PM


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Di Hidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
Tujuh Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Terang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Di Sini Bukan Satu Khayalan,
Tetapi Ia Sebenar Kejadian,

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Ke Dalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Di Dalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Di Buka Pintu,
Tiada Siapa Yang Memberitahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup Sekali Jasadku Untuk Ku Mengulangi,

Jasad Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Menggigil Ketakutan Gelap Pekat Di Pandangan,
Selama Ini Di Ceritakan,
Kini Aku Merasakan,
Di Alam Barzakh Jasad Di Kebumikan,

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Di Hidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.

Teruskan Usaha Dakwah 11:24 PM
















Tahniah! Syabas! Mabrur!!
Kepada AJK Pelaksana dan tenaga penggerak yang telah merancang dan berusaha keras untuk menjayakan majlis ini. InsyaAllah sepanjang berlangsungnya program, Allah SWT ada bersama kita.
Salam Najah!

Dakwah Bil Anasyid 11:11 PM




















Assalamualaikum w.b.t......
"Dimensi Kesenian Islam II"
"Konsert Amal MANIS V"
Dapatkan tiket masuk dengan harga RM6
Konsert amal ini akan diadakan pada:
Hari: Sabtu
Tarikh: 21 Mac 2009
masa: 8.00 Malam
Tempat: DECTAR UKM

Sama-sama kita memeriahkan majlis ini, InsyaAllah pengisiannya penuh manfaat.
Sama-sama kita hayati pengisian dengan fikiran yang terbuka,
Mudah-mudahan ia di Berkati.
InsyaAllah:-)

Puteri Muslimah 3:06 AM




















Hayatilah bait-bait ini!!..

Contoh Soal Jawab Agama 8:40 AM



"WANITA BAIK UNTUK LELAKI BAIK"


Soalan:-

Sering terdengar dakwaan lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan demikianlah sebaliknya. Apakah maksud "baik" dalam dakwaan ini kerana kadang kala apa yang berlaku amat berbeza?

Jawapan:-
Dakwaan ini sebenarnya berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". (Surah al-Nur: 26)

Maksud "baik" dalam ayat ini merujuk kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal soleh dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak akan tetap ada kekurangan. Kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaikkan dirinya. Merujuk kepada kehidupan sebagai suami isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud sedikit sebanyak kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur tadi. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu secara bersama.

MENGENDALIKAN KEMARAHAN 8:05 AM


1) Zikir Mententeramkan Hati
Allah SWT berfirman: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan
Zikrullah. Ketahuilah! Dengan Zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia..." (Surah
al-Ra'd: 28)

2) Mengawal Kemarahan
Sabda Rasulullah SAW: "Tidaklah kekuatan itu diukur dengan ada kekuatan. Namun, yang
kuat ini adalah yang dapat mengendalikan dirinya ketika marah."
(HR. Bukhari)

3) Berwudhuk
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dibuat
dibuat daripada api, api pula hanya hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika
seseorang daripada kamu yang marah maka BERWUDHUKlah".

4) Segera Membaca Ta'awwudz
Menurut hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh aku ingin mengajari
satu ucapan seandainya ia diucapkan tentu hilang rasa marah iaitu dengan membaca
ta'awwudz".

"Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari semburannya (yang
menyebabkan gila), dari kesombongannya dari hembusannya (yang menyebabkan
kerosakan akhlak)". (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Daraquthni dan Hakim)

5) Berusaha Diam
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah maka
Diamlah". (HR. Ahmad)

Salam Maulidur Rasul 7:04 AM

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430 H.
Semoga Sambutan Kelahiran Penghulu kita Nabi Muhammad SAW kali ini lebih bermakna, memberi kita semangat baru untuk terus mengingati Pesuruh Allah ini. Kerana Baginda SAW, kita semua umat Islam dapat menikmati Nikmat Iman dan Islam.

Banyakkanlah Selawat ke atas Nabi, semoga kita semua tidak mengingati Baginda hanya pada 12 Rabiul Awal, namun sentiasalah berselawat ke atasnya.

Salam Maulidur Rasul:-)

Aku Masih Di Sini 6:15 PM

Aku masih di sini
walau jauh meninggalkanMu
terleka dengan dugaan
di tempat persinggahan sementara
seolah tiada penghujung kehidupan

Aku masih di sini
walau jauh dari jalanMu
lupa kehidupan abadi yang telah Engkau janjikan
seolah kebenaranMu tidak pernah kuketahui

Ya Allah
aku tahu kehidupan abadi yang Kau janjikan
aku akui kebenaran UtusanMu
aku melihat keagungan kebesaranMu

Ya Allah
aku masih di sini
menilai keagungan kebesaranMu

Ku akui
Engkaulah Pencipta
Engkaulah TUHANKU..

Adab Terhadap al-Quran 5:44 PM

Sama-samalah kita memahami dan menghayati adab-adab terhadap al-Quran, mudah-mudahan mendatangkan Keberkatan sehingga hati kita dipermudahkan untuk memahami dan melaksanakan kandungan yang terdapat di dalamnya:-

  • Meletakkan al-Quran dengan bahagian al-Fatihah di atas.
  • Meletakkan al-Quran di atas kitab-kitab (buku) yan lain.
  • Jangan membawa al-Quran ke negeri musuh Islam. Dikhuatirkan al-Quran akan dirosakkan mereka. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah)
  • Jangan berdebat dengan al-Quran. (HR. Baihaqi, Ibnu Majah, al-Hakim)
  • Seseorang yang sudah menghafal al-Quran atau sebahagian ayat-ayatnya, jangan mengatakan, "Saya lupa ayat ini....." tetapi katakanlah, " Saya dilupakan oleh Allah ayat ini..." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ahmad)
  • Empat golongan yang dilarang memegang al-Quran: Orang Junub, Orang Haid, Orang Nifas dan Orang Kafir.
  • Jangan melonjorkan kaki sekiranya al-Quran terdapat di hadapan atau menyentuhnya dengan kaki. (Abu Nasir)
  • Al-Quran tidak boleh dijadikan bantal atau alas. (HR. Tabrani, Baihaqi)
  • Al-Quran tidak boleh dilangkah. (Ibnu Hajar Asqalani)
  • Sayyidina Umar amat suka melihat orang yang membaca al-Quran memakai baju putih. (Imam Malik)
  • Ketika Khatam al-Quran disunnahkan agar: 1) Memperbanyakkan takbir dan tahmid. 2) Mengumpulkan keluarga dan doa bersama-sama. (Ibnu Najar)
"Sesungguhnya, Allah dengan kitab ini (al-Quran) meninggikan darjat suatu kaum dan menjatuhkan darjat kaum yang lain." (HR. Muslim)

Salam Perjuangan 5:43 PM