Salam Mujahadah 8:21 AM


Penawar Tekanan 7:49 AM

Salam Imtihan, Salam Perjuangan...
Hadapi tekanan dgn mengingati Pencipta Alam Allah SWT..

Doa apabila menghadapi tekanan:-
Bismillahirrahmanirrahim
"HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIL"

Maksudnya:
"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dialah sebaik-baik Pengurus (& terserah kpdnya segala urusan kami)". (Ali-Imran: 173)

Amalkan doa ini, InsyaAllah hati akn menjadi Tenang dgn Izin-Nya.

Salam Jihad Minni:-)

Salam Imtihan 4:59 AM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Ya Allah...
Kurniakanlah kami fahaman Nabi-nabi
Dan hafalan para Rasul
Serta mendapat ilham drpd Malaikat
yang hampir dgnMU,
Kurniakanlah kami kesihatan
Ya Allah Yang Maha Kasih Sayang

Ya Allah...
Tiada sesuatu yang mudah
kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah
Dan Engkaulah yang menjadikan
yang susah itu mudah dgn kehendakMU

Ya Allah...
Bukakanlah kami hikmatMU
Dan limpahkanlah kami rahmat
Dari perbendaharaan rahmatMu
Ya Allah Yang Maha Kasih Sayang

Ya Allah...
Keluarkanlah kami
dari kegelapan ragu-ragu
Muliakanlah kami dgn sinaran kefahaman
Bukakanlah bagi kami
Pintu Ilmu
dan hiasilah kami dgn akhlak
yang baik dan kasih sayang.

Ya Allah...
Kami mempertaruhkan kpdMU
apa yang Engkau
ajarkan kpd kami
kembalikanlah semula kpd kami
apabila kami memerlukannya.

AMIINN YA RABBAL 'ALAMIN

MUTIARA BUDI 3:55 AM

Ingatlah Anda Sabda Dan Firman,
Kisah Purbakala Umat Yang Silam,
Para Ulama' Menjadi Teladan,
Kenangannya Abadi Sepanjang Zaman.

Gambaran Syafi'e Penuh Keagungan,
Ketokohan Ghazali Tiada Bandingan,
Keharuman Mawar Menyusuri Alam,
Tamadun Dibina Indah Tersergam.

Mutiara Digali Salutan Intan,
Gambaran Di Hati Tak Pernah Padam,
Menabur Bakti Ilmu Dicurahkan,
Menyuluh Nurani Hati Kegersangan.

Ingatlah Anda Sabda Dan Firman,
Kisah Purbakala Umat Yang Silam,
Para Ulama' Menjadi Teladan,
Kenangannya Abadi Sepanjang Zaman.

Sedarilah Itu Jasa Para Ilmuan,
Pusaka Yang Jitu Menjadi Bekalan,
Tuntutlah Ilmu Ke Jalan Pengetahuan,
Sebelum Melewati Panggilan Tuhan.

Ilmu Dan Amal Tonggak Keimanan,
Di Bawah Rimbunan Dedaun Yang Rendang,
Peribadi Mulia Batin Di Suluh Iman,
Terbina Utuh Jeriji Keperibadian.

Di Akhir Zaman Penuh Godaan,
Berbagai Ujian Silih Mendatang,
Tanpa Ilmu Dan Pengetahuan,
Tersadailah Bahtera Dalam Pelayaran.

Hanya Ilmu Senjata Kehidupan,
Gadis Menahan Angin Songsang,
Menangkis Nafsu Hasutan Kedurjanaan,
Hidup Di Duniawi Di Redhai Tuhan.

Ingatlah Anda Sabda Dan Firman,
Kisah Purbakala Umat Yang Silam,
Para Ulama' Menjadi Teladan,
Kenangannya Abadi Sepanjang Zaman.



LIRIK NASYID MUTIARA BUDI
OLEH:
NURUL HUDA

MoDuL KauNseLinG IsLaM 7:09 AM

Salam Ukhuwwah buat semua sahabat:-)
Fakulti Pengajian Islam mempunyai 5 Jabatan iaitu Jabatan Syariah, Jabatan Usuluddin & Falsafah, Jabatan al-Quran & al-Sunnah, Jabatan Arab & Tamadun Islam DAN Jabatan Dakwah & Kepimpinan.

Namun, yang menjadi topik penulisan saya ini ialah mengenai Jabatan Dakwah & Kepimpinan. Jabatan ini mempunyai 3 modul iaitu Modul Kaunseling Islam, Modul Pengurusan dan Modul Komunikasi.

Pelajar2 yg belajar dalam Jabatan ini akan menduduki suatu ujian untuk melihat kecenderungan minat pelajar sama ada ke arah Modul 1, 2 atau 3. Pelajar2 akn belajar mengikut modul bermula pada tahun kedua pengajian. Di samping itu, terdapat juga subjek jabatan yg akan dipelajari dlm tahun kedua dan ketiga pengajian.

Jadi, gambar yg saya paparkan di ats ini ialah pelajar2 Modul Kaunseling Islam tahun 3 sesi 08/09 dan saya merupakan salah seorang dari modul ini he2..

Tapi...
Gmbr kt ats ni blum ckup bilangan kami modul kaunseling. Ms sesi pngmbrn, ade kwn2 yg xdpt hadir, jd...yg hdir je lah ade dlm gmbr ni:-)
Kami akn mula exm nnti pd 22hb April, subjek kami modul kaunseling sem ni ialah:

1) KAJIAN SUNNAH, BID'AH & KHURAFAT
(RABU: 22/04/09)

2) BIMBINGAN SAUDARA BARU
(ISNIN: 27/04/09)

3) KAUNSELING KELUARGA ISLAM
(KHAMIS: 30/04/09)

4) KAJIAN TEKS DAKWAH & KEPIMPINAN
(RABU: 06/05/09)
(SUBJEK JABATAN-MELIBATKAN SEMUA PELAJAR DAKWAH THN 3)

Hari berganti hari, mggu dpn dh nk exm,
Slmt stdy semua,
Slmt berjihad dgn Projek Ilmiah yg blum siap,
Jgn rasa terbeban, inilah lumrah bergelar mahasiswa-mahasiswi,
InsyaAllah, mudah2an..semuanya di permudahkan oleh-NYA.

USAHA + DOA + TAWAKKAL
InsyaAllah, sm2 kita berjuang:-)

Buat Sahabatku 5:44 AM



BACTH DAKWAH 06-09
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

MOGA JALINAN UKHWAH INI BERKEKALAN
BUAT SELAMANYA
INSYAALLAH:-)


Penawar 5:02 AM


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

"Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya." (HR Muslim)

Al-Quran merupakan Kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah SWT. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca al-Quran satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu, ia juga boleh memberikan syafaat pada hari akhirat kelak.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan sedap rasanya. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap."

Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhuk) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta'awwuz dan Basmalah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini, barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.

Oleh itu,
Wahai sahabat2, jadilah al-Quran bahan bacaan kita setiap hari, berusahalah untuk meraih pahalanya dan Jadikan ia suatu bacaan di kala tertekan dengan bebanan. Mudah2an ketenangan menghampiri kita InsyaAllah.

PerpaduaN UmaT MelaLuI SembahyanG BerjemaaH 12:33 AM






(Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia)






Abu Mas'ud (r.a), sahabat Rasulullah (s.a.w) menyampaikan sebuah kisah. Suatu ketika, semasa kami hendak sembahyang berjemaah, Nabi menyentuh setiap bahu kami sambil bersabda: "Luruskan saffmu, jangan bengkok2, saff yang bengkok akan menyebabkan hatimu terpecah-belah" (HR Muslim)

Hadis tersebut mengandungi pengajaran yang amat mendalam yang perlu menjadi renungan umat Islam hari ini. Ternyata ada hubungan yang erat antara keadaan saff umat Islam ketika sembahyang berjemaah dengan keadaan hati mereka. Sedangkan hati itulah yang menentukan rasa persaudaraan, persatuan dan kesatuan umat.

Al-Quran ada menyatakan apabila hati bercerai-berai sekalipun di luar nampak bersatu tetapi hakikatnya itu hanyalah persatuan yang rapuh. "Kamu kira mereka itu bersatu padahal hati mereka bercerai-berai." (Surah al-Hasyr: 14)

Sejarah mencatatkan bahawa semenjak perintah sembahyang diwajibkan 5 waktu sehari semalam, Baginda selalu mengerjakannya secara berjemaah malah dalam keadaan genting dan cemas sekalipun misalnya semasa berperang, sembahyang berjemaah tetap ditegakkan. Sebab itu Rasulullah SAW telah mengajarkan tata-cara sembahyang berjemaah semasa berperang. Sembahyang berjemaah tetap dipelihara oleh para sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Bagaimana keadaan umat Islam pada hari ini? Jawapan amat mudah apabila kita menyaksikan keadaan masjid setiap kali masuk waktu sembahyang. Masjid hanya penuh dengan jemaah ketika sembahyang Jumaat, sembahyang Terawih dan sembahyang sunat hari raya. Ketika sembahyang 5 waktu, biasanya masjid hanya dipenuhi beberapa saff sahaja.

Mungkin ada yang berkata, sembahyang sendirian juga sah. Perbezaan antara sembahyang berjemaah dan sembahyang sendirian hanyalah pada pahala. Pendapat itu ada benarnya. Tetapi hikmah yang terkandung dalam sembahyang berjemaah tidak boleh dilihat daripada ruang lingkup fekah sahaja. Buktinya, Rasulullah SAW sering menghubungkaitkan saff sembahyang berjemaah dengan masalah sosial dan kemasyarakatan. Mungkin masyarakat pada hari ini mudah berpecah belah disebabkan tidak lagi menegakkan sembahyang berjemaah sebagaimana yang dicontohkan oleh Penghulu Kita Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, bijaklah meluang masa untuk sama2 meraih pahala sembahyang berjemaah lebih2 lagi kepada kaum Adam yang merupakan ketua dalam institusi keluarga. Mudah2an amalan ini boleh menyatukan ummah dan merapatkan ukhwah sesama saudara Islam, InsyaAllah.

HakikaT SabaR 4:27 PM

Allah SWT menjanjikan kepada orang-orang yang SABAR pahala untuk mereka yang tanpa hitungan, ertinya tanpa batasan tertentu mahupun angka tertentu ataupun ukuran tertentu.

Sabar adalah tunggak kebahagiaan seseorang hamba. Dengan kesabaran itulah seorang hamba akan terjaga dari kemaksiatan, konsisten menjalankan ketaatan dan tabah dalam menghadapi berbagai macam cubaan.

"Kedudukan Sabar dalam iman laksana kepala bagi seluruh tubuh. Apabila kepala sudah terpotong maka tidak ada lagi kehidupan di dalam tubuh"

"Sabar adalah meneguhkan diri dalam menjalankan ketaatan kepada Allah, menahannya dari perbuatan maksiat kepada Allah serta menjaganya dari perasaan dan sikap marah dalam menghadapi Takdir Allah"

Syeikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah berkata: 'Sabar itu terbahagi kepada tiga jenis:-

1) Bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah SWT.
2) Bersabar untuk tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
3) Bersabar dalam menghadapi takdir-takdir Allah yang dialaminya, berupa berbagai hal yang menyakitkan dan gangguan yang timbul di luar kekuasaan manusia ataupun yang berasal dari orang lain.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud:-
"Dan mintalah pertolongan dengan Sabar dan Solat"

Maksudnya:
Mintalah pertolongan kepada Allah dengan bekal Sabar dan Solat dalam menangani semua urusan. Sabar menjadi sebab seseorang hamba boleh meraih kenikmatan abadi iaitu Syurga.

Allah SWT berfirman lagi dalam Surah al-Furqan ayat 75 yang bermaksud:-
"Mereka itulah orang-orang yang dibalas dengan kedudukan-kedudukan tinggi (di Syurga) dengan sebab kesabaran mereka"

Sifat Sabar jika dapat dipimpin dengan Baik, boleh menjadi kuasa pendorong yang berkesan memacu seseorang ke arah Kejayaan.

Barang siapa yang merealisasikan amalan Sabar nescaya dia akan memperoleh balasan yang mencurah-curah.

"Innallaha ma'as Sobirin"

InsyaAllah, sama-sama kita terapkan sifat Sabar dalam diri, mudah-mudahan kita tenang menghadapi apa jua keadaan:-)