| Aku Masih Di Sini | 6:15 PM |
|
comments (0)
Filed under:
|
|
Aku masih di sini
walau jauh meninggalkanMu
terleka dengan dugaan
di tempat persinggahan sementara
seolah tiada penghujung kehidupan
Aku masih di sini
walau jauh dari jalanMu
lupa kehidupan abadi yang telah Engkau janjikan
seolah kebenaranMu tidak pernah kuketahui
Ya Allah
aku tahu kehidupan abadi yang Kau janjikan
aku akui kebenaran UtusanMu
aku melihat keagungan kebesaranMu
Ya Allah
aku masih di sini
menilai keagungan kebesaranMu
Ku akui
Engkaulah Pencipta
Engkaulah TUHANKU..
| Adab Terhadap al-Quran | 5:44 PM |
|
Filed under:
|
|
Sama-samalah kita memahami dan menghayati adab-adab terhadap al-Quran, mudah-mudahan mendatangkan Keberkatan sehingga hati kita dipermudahkan untuk memahami dan melaksanakan kandungan yang terdapat di dalamnya:-
- Meletakkan al-Quran dengan bahagian al-Fatihah di atas.
- Meletakkan al-Quran di atas kitab-kitab (buku) yan lain.
- Jangan membawa al-Quran ke negeri musuh Islam. Dikhuatirkan al-Quran akan dirosakkan mereka. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah)
- Jangan berdebat dengan al-Quran. (HR. Baihaqi, Ibnu Majah, al-Hakim)
- Seseorang yang sudah menghafal al-Quran atau sebahagian ayat-ayatnya, jangan mengatakan, "Saya lupa ayat ini....." tetapi katakanlah, " Saya dilupakan oleh Allah ayat ini..." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ahmad)
- Empat golongan yang dilarang memegang al-Quran: Orang Junub, Orang Haid, Orang Nifas dan Orang Kafir.
- Jangan melonjorkan kaki sekiranya al-Quran terdapat di hadapan atau menyentuhnya dengan kaki. (Abu Nasir)
- Al-Quran tidak boleh dijadikan bantal atau alas. (HR. Tabrani, Baihaqi)
- Al-Quran tidak boleh dilangkah. (Ibnu Hajar Asqalani)
- Sayyidina Umar amat suka melihat orang yang membaca al-Quran memakai baju putih. (Imam Malik)
- Ketika Khatam al-Quran disunnahkan agar: 1) Memperbanyakkan takbir dan tahmid. 2) Mengumpulkan keluarga dan doa bersama-sama. (Ibnu Najar)
| KONSEP BLOG SAYA | 1:31 AM |
|
Filed under:
|
|
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t…
Alhamdulillah, ucapan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dan keizinan-Nya dapat saya menyiapkan blog saya ini. Konsep dalam blog saya ini ialah mengenai isu-isu semasa yang boleh dijadikan penghayatan dan pengajaran kepada semua. Antara isu yang saya bincangkan dalam blog ini ialah isu yang berkaitan dengan ilmu Islam yang perlu dipelajari agar tidak ketinggalan mengenainya. Selain itu, ada juga isu yang berkaitan dengan permasalahan muda-mudi sekarang. Penghayatan al-Quran dan agama Islam amat penting agar kita selamat daripada sebarang gejala yang tidak sihat.
| ISU POLITIK ISLAM | 4:37 PM |
|
Filed under:
|
|
Di atas dasar ini Islam mensyaratkan hakim terdiri dari kalangan mukminin yang mengakui konsep keimanan yang ditentukan Islam, termasuk persoalan beriman dengan hari akhirat. Allah Maha Mengetahui bahawa kemuliaan peribadi dalam ertikata yang sebenar tidak dapat ditemui melainkan apabila seseorang itu didokong oleh keruhanian yang kukuh. Seseorang hakim mungkin boleh bertindak adil dalam suasana diri tidak tertekan. Namun keadilan akan hilang apabila dirinya ditekan, kedudukannya tergugat atau harta dunia ditawarkan kepadanya. Hal seperti ini hanya mampu ditangani oleh keimanan yang kukuh dan keyakinan terhadap akhirat. Demikian juga seseorang yang benar-benar takutkan Allah tidak akan membuat keputusan mahkamah sedang dia belum menguasai pengetahuan mengenai ilmu kehakiman yang dibicarakan. Cukup hanya kerana kejahilannya untuk dia dicampakkan ke dalam api neraka.
Malangnya, dalam sistem sekular, nilai-nilai ini tidak ditekankan. Kehakiman hanyalah dianggap suatu kerjaya dengan nilai-nilai moral yang digariskan. Perasaan kerohanian dan akhirat tidak dijadikan penekanan asas dalam pembentukan peribadi hakim. Islam melarang perlantikan hakim yang tidak menguasai bidang perundangan Islam dengan tahap yang dituntut. Kewujudan hakim yang jahil adalah maksiat dan dosa, maka sudah tentu perlantikannya adalah punca dosa dan maksiat pada pandangan syarak. Di atas dasar ini semua fuqaha Islam menjadikan ilmu iaitu kepakaran dalam bidang kehakiman Islam sebagai syarat bagi seseorang hakim yang dilantik. Perlantikan para hakim yang tidak luas pengetahuan hukum-hakam syarak boleh menjadikan hukum-hakam perundangan dipertikaikan dan mencemar kemulian agama juga keadilan dan keamanan negara dan rakyat. Dengan hanya melihat kepada dua aspek ini boleh memberi gambaran betapa perlantikan hakim dalam daulah Islamiyyah benar-benar dapat mententeramkan jiwa dan perasaan rakyat terhadap sistem kehakiman Islam. Sekiranya rakyat
posted by izzahhusna
| ISU PEMBINAAN KELUARGA ISLAM | 4:09 PM |
|
Filed under:
|
|
IHSAN dan insan adalah asas hubungan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia. Hubungan menegak dan merentas ini menjadi tunggak kepada memahami fitrah hidup. Kehidupan sebagai seorang Islam tidak boleh memutuskan dirinya dengan Allah dan tidak boleh pula memutuskan dirinya dengan manusia. Ihsan Allah kepada hamba dan makhluk akan sentiasa ada dan sewajarnya ihsan insan sesama insan juga harus berlaku supaya integrasi antara kedua-duanya menepati. Manusia akan terus berada dalam fitrah sekiranya ihsan Allah itu disuburkan dalam hidup. Jiwa keihsanan apabila subur dalam kehidupan sesama insan ia menjadikan masyarakat berada dalam keadaan sejahtera dan harmoni. Keluarga adalah unit kecil masyarakat yang menjadi tunggak kepada terbentuknya negara. Ia adalah unit asas yang boleh menjadi faktor penyumbang kepada kekuatan negara atau sebaliknya. Dalam konteks Islam asas pembinaan keluarga yang baik terletak kepada kekuatan keihsanan dan keinsanan yang dimiliki. Kualiti keihsanan yang dimiliki oleh seorang ayah dan ibu banyak menentukan proses pembentukan watak anak-anak.
Rasulullah menghubungkan pentingnya pengaruh ibu bapa (faktor sekitar) membentuk anak-anak supaya terus berada dalam keadaan fitrah atau diibaratkan sebagai kain putih. Rasulullah juga menyebut antara faktor yang menghubungkan yang sudah pergi dengan yang tinggal ialah kesolehan anak-anaknya. Terbentuknya anak-anak menjadi soleh atau toleh bergantung kepada kualiti keihsanan kedua-dua orang tuanya. Ibu bapa yang soleh dan solehah adalah gambaran ketinggian ihsannya yang membolehkan suasana rumah tangga atau keluarga terbina dalam keadaan terbaik untuk membentuk anak-anak ke arah acuan terunggul. Keihsanan bapa dan ibu kepada Allah adalah gambaran akidahnya yang mantap, takwa tinggi dan iman kental terhadap Allah. Jiwa kehambaannya (patuh dan taat) adalah teguh, di samping menginsafi peranan kekhalifahannya (sebagai ibu dan bapa) sentiasa subur pada dirinya. Sifat kasih dan sayang Allah kepada hamba dan makhluk sentiasa terpancar dalam dirinya. Rahmah Allah menurunkan ilmu menerusi al-Quran sentiasa menjadikan ibu dan ayah menyandarkan kitab suci itu sebagai sumber petunjuk dan maklumat. Ihsan Allah memberikan kekuatan akal dan hati kepada ibu bapa digunakan supaya anak-anak menjadi pintar dan cerdik. Ihsan Allah memberikan ibu bapa harta dan sumber dijadikan asas untuk menggerakkan kehidupan keluarga secara yang Allah reda.
Bayangkan sekiranya ihsan daripada Allah dipancarkan semula dalam bentuk watak keibubapaan yang mulia, anak-anak pasti bertuah memiliki pendidik awal di rumah. Ini kerana contoh atau qudwah yang ada dalam persekitaran awal hidupnya adalah teladan serasi dan selari dengan fitrah dirinya. Inilah sebenarnya kekurangan dalam banyak keluarga Islam menyebabkan perkembangan naluri meneladani ibu bapa sebagai qudwah kosong. Harus diinsafi bahawa umur anak-anak pada peringkat awal lahirnya hingga akil baligh adalah tempoh hidup yang amat kritikal bagi dirinya. Pada peringkat inilah proses membina asas sikap dan tingkah laku serta cara hidup yang asas akan berlaku. Sekiranya ibu bapa tidak memahami faktor pertumbuhan akal, jiwa dan emosi serta tingkah laku anak dengan pendekatan ilmu dan asuhan baik, ia boleh menyebabkan mereka kehilangan arah dalam memahami makna diri, persekitaran dan baik buruk sesuatu perkara. Akhirnya, akan menjadikan mereka remaja yang tidak tentu arah serta hilang pedoman dan petunjuk. Asas utama yang menjadi tunggak kekuatan keluarga ialah ilmu mengenai pendidikan dan keterampilan keibubapaan.
posted by izzahhusna
| ISU PENUNTUT ISLAM DI IPT | 10:25 AM |
|
Filed under:
|
|
Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan. Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya. Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi. Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak. Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan. Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air. “Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya. “Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di KEWAJA.
Satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus. Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi. Alhamdulillah, usaha ABIM masih giat menjalankan pelbagai program pembangunan ummah walaupun kian kurang mendapat pendedahan media. Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA dan IPTS, ABIM bersedia mengadakan kegiatan pengisian jiwa dan minda remaja.
posted by izzahhusna