Adab Terhadap al-Quran 5:44 PM

Sama-samalah kita memahami dan menghayati adab-adab terhadap al-Quran, mudah-mudahan mendatangkan Keberkatan sehingga hati kita dipermudahkan untuk memahami dan melaksanakan kandungan yang terdapat di dalamnya:-

  • Meletakkan al-Quran dengan bahagian al-Fatihah di atas.
  • Meletakkan al-Quran di atas kitab-kitab (buku) yan lain.
  • Jangan membawa al-Quran ke negeri musuh Islam. Dikhuatirkan al-Quran akan dirosakkan mereka. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah)
  • Jangan berdebat dengan al-Quran. (HR. Baihaqi, Ibnu Majah, al-Hakim)
  • Seseorang yang sudah menghafal al-Quran atau sebahagian ayat-ayatnya, jangan mengatakan, "Saya lupa ayat ini....." tetapi katakanlah, " Saya dilupakan oleh Allah ayat ini..." (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ahmad)
  • Empat golongan yang dilarang memegang al-Quran: Orang Junub, Orang Haid, Orang Nifas dan Orang Kafir.
  • Jangan melonjorkan kaki sekiranya al-Quran terdapat di hadapan atau menyentuhnya dengan kaki. (Abu Nasir)
  • Al-Quran tidak boleh dijadikan bantal atau alas. (HR. Tabrani, Baihaqi)
  • Al-Quran tidak boleh dilangkah. (Ibnu Hajar Asqalani)
  • Sayyidina Umar amat suka melihat orang yang membaca al-Quran memakai baju putih. (Imam Malik)
  • Ketika Khatam al-Quran disunnahkan agar: 1) Memperbanyakkan takbir dan tahmid. 2) Mengumpulkan keluarga dan doa bersama-sama. (Ibnu Najar)
"Sesungguhnya, Allah dengan kitab ini (al-Quran) meninggikan darjat suatu kaum dan menjatuhkan darjat kaum yang lain." (HR. Muslim)

0 comments: