KENAPA IBU MENGANDUNG? 2:24 AM

KENAPA IBU MENGANDUNG??
Bukankah sepatutnya kaum lelaki yang dibebankan dengan tugas mengandung dan melahirkan anak, kerana fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa?

Jika difikirkan beban mengandung...
Bukankah lebih wajar Allah SWT jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuatan fizikal, mahu mengangkat tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tiada masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini iaitu hamil dan seterusnya melahirkan anak.

Namun begitu...
Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa:
"Lelaki diciptakan oleh Allah SWT SEMBILAN RASIONAL dan SATU EMOSI manakala Perempuan pula diciptakan oleh Allah SWT SATU RASIONAL dan SEMBILAN EMOSI."

YA!!!
Kekuatan Wanita itu adalah pada EMOSInya!
Tinggi EQ!
Emosi itulah Kelayakan untuk seseorang manusia hamil.

Emosi untuk SABAR dengan berat dan payahnya sembilan bulan mengandung.
Emosi untuk MEMBELAI, MEMBERI MAKAN KEPADA KANDUNGAN seperti memberi makan kepada diri sendiri.

Kerana Emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM iaitu ALAM KASIH SAYANG.
Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki biarpun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.

Wahai anak-anak, wahai sahabat-sahabat...
Sesungguhnya kita tidak lahir ke dunia ini melainkan kita pernah dipeluk kasih sayang seorang "ibu yang rahim" di ALAM RAHIM.

Semoga Allah limpahkan seluas-luas CINTA dan KASIH-NYA buat bonda yang telah mengandung dan membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Allah SWT berfirman:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung keletihan demi keletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah Luqman: 14)

JANGAN LUPAKAN IBU
KENANGLAH JASANYA YANG TELAH
MENGANDUNGKAN KITA
MELAHIRKAN KITA
MENYUSUKAN KITA
MEMBESARKAN KITA
MENDIDIK KITA
SEHINGGA MENJADI ANAK DAN INSAN YANG BERGUNA

0 comments: