Petua Kejayaan Dunia Akhirat: Ustazah Bahyah 8:42 AM

Pada 03 Mei 09 (Ahad) jam 8.00 malam bertempat di Auditorium Siswa UKM, satu majlis ilmu telah diadakan iaitu Majlis Kecemerlangan Pelajar anjuran Yayasan Istana Abdul Aziz yang melibatkan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah di Pahang. Mereka datang dari negeri Pahang ke UKM dan telah dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Mahasiswa Negeri Pahang. Penceramah jemputan pada malam ini ialah Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya Ustaz Wan Akashah.

Ringkasnya, saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang mana cukup terkesan dalam jiwa saya. Menurut Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah, untuk berjaya dunia akhirat, amalkanlah PETUA 7S dan hindarilah 7M. Petua ini bukan hanya untuk pelajar-pelajar tetapi untuk semua hamba Allah yang mengharapkan kejayaan daripada Allah SWT. Petua berikut ialah:-

7S yang mesti diamalkan:
1) S= SOLAT
Solat merupakan kewajipan semua umat Islam yang wajib ditunaikan 5 kali sehari semalam, (SUBUH-ZOHOR-ASAR-MAGHRIB-ISYAK). Pada asalnya perintah solat adalah sebanyak 50 kali tetapi akhirnya diringankan kepada 5 kali. Berdosa hukumnya bagi sesiapa yang meninggalkan kewajipan ini. Oleh itu, tunaikanlah solat sebelum anda terlambat dan menyesal serta demi meraih kejayaan daripada Allah SWT.

2) S= SYUKUR
Dalam kehidupan seharian, kita umat Islam mesti bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Anda dapat bayangkan berapa banyak nikmat Tuhan?? Tidak terhitung wahai sahabat2...Nikmat Tuhan begitu banyak tetapi kita leka dan alpa dengan nikmat pemberiannya. Di kala senang kita lupakan DIA, di kala susah baru berusaha untuk mencariNYA. Sebab itu manusia diuji dengan pelbagai dugaan, cabaran dan ujian. Ketika menghadapi ujian ini barulah kita mengucap "Ya Allah", "Astaghfirullah", "Kenapa aku diuji begini",...........di saat inilah kita sedar Allah Maha Berkuasa. Kita diuji untuk menguji tahap keimanan, ketaqwaan dan kesabaran. Oleh itu, banyakkanlah ucapan syukur demi kedekatan kita padaNYA.

3) S= SALAM
Pernah anda peluk ibu bapa anda?? Pernah anda salam dan cium tangan ibu bapa anda?? Jawapannya ada pada diri sahabat2 sekalian. Redha ibu bapa, restu ibu bapa amat penting dalam kehidupan. Sebelum melangkah keluar meninggalkan mereka, salamlah mereka, peluklah mereka, ciumlah mereka. Selain ibu bapa, salamlah dengan guru2, pensyarah2, kawan2. Bermaafanlah kerana kita manusia biasa yang tidak dapat lari dari membuat salah dan silap.

4) S= SAYANG
Siapa tak sayang ibu bapa, siapa tak sayang keluarga. Sayang guru2! Sayang kawan2! Sayang semuanya! Namun perlu ingat!..sayanglah diri sendiri sebelum anda sayang mereka! Anda melakukan perbuatan2 jahat bermakna anda tidak sayangkan diri sendiri. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, siapa susah??? Pastinya Ibu Bapa. Sanggup anda menyusahkan mereka? Jawablah sendiri. Jika tidak sanggup itu bermakna anda sayangkan mereka. Sayangilah mereka selagi diberi peluang oleh Allah SWT.

5) S= SABAR
Dalam menempuh hari2, pastinya kita diuji. Pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang. Ujian dalam belajar, ujian dalam kerjaya dan sebagainya. Oleh itu, banyakkan bersabar dalam menghadapi ujianNYA.

6) S= SUNGGUH-SUNGGUH
Untuk berjaya juga kita mesti bersungguh-sungguh. Belajar dengan bersungguh2, bekerja dengan bersungguh2 dan semua hal mesti bersungguh2.

7) S= SOLEH/SOLEHAH
Jadilah anak yang berguna, jadilah anak yang bermanfaat. Jadilah anak yang soleh, jadilah anak yang solehah. Sesungguhnya, doa anak soleh/solehah dimakbulkan Allah, dipanjangkan umur olehNYA, dimurahkan rezeki olehNYA.

7M yang mesti dihindari:
1) M= MAKSIAT
Di alam persekolahan, cinta remaja menghantui diri pelajar2. Bila bercinta, mesti nak "dating". Bila anda berdua-duaan, siapakah orang yang ketiga?? Syaitan!! Anda tahu sentuh itu haram, anda tahu salam itu haram. Tetapi di saat anda leka berdating, syaitan telah menghasut anda, akhirnya siapa menang?? Anda?? Syaitan??

2) M= MEMBACA YG SIA2 & MENONTON YG SIA2
Jauhilah bahan2 bacaan yg tidak bermanfaat sebaliknya bacalah bahan2 ilmiah. Jauhilah menonton yg tidak bermanfaat sebaliknya tontonlah sesuatu yg bermanfaat buat diri anda!!

3) M= MALAS
Inilah penyakit kita manusia biasa, kadang2 mesti ada lah time malas, ye kan? Tetapi, berusahalah untuk menghindarinya.

4) M= MENGUMPAT
Ni satu lagi penyakit manusia!! Suka sangat mengumpat, suka sangat bergosip itu ini. Sama2lah kita bertaqarrub pada Ilahi demi menjauhi perkara2 yang dilarang!

5) M= MAKANAN HARAM
Amalkanlah makanan sunnah Nabi seperti Tamar, Kurma, Tin, Kismis, Madu...
Jauhilah makanan yang haram (arak, khinzir, hasil dr duit haram...........)

6) M= MARAH
Memang sifat manusia yg tak dapat lari dari sifat marah ni. Tetapi sama2lah kita untuk meredakan kemarahan dengan berWUDHUK-SOLAT-BC QURAN-ZIKIR-TA'AWWUZ. Mudah2han api syaitan ini dapat dihindari.

7) M= MENDERHAKA
Menderhaka salah satu faktor kenapa kita gagal dalam kehidupan. Kita menderhaka kepada Allah SWT dan RasulNYA. Kita menderhaka kepada Ibu Bapa. Sikap ini akan mendapat kemurkaan daripada Allah Taala. Oleh itu, banyakkanlah istighfar, mohon ampun padaNYA, InsyaAllah..Allah Maha Pengampun. Tetapi ingat! Derhaka kepada ibu bapa, Allah tidak akan mengampunkan selagi ibu bapa kita tidak ampunkan dan maafkan kita!


Demikianlah sedikit perkongsian ilmu yg saya dapat dari majlis ini. Majlis pada malam ini diakhiri dengan kisah benar yang diceritakan oleh ustazah, cukup menyedihkan, sebak hati saya menggambarkan sikap anak yg derhaka kepada ibunya. Air mata mengalir di pipi, Ya Allah...jauhi aku dari bersikap begitu, aku sayang mak, aku sayang arwah ayah, aku sayang keluarga. Ya Allah, jauhi kami adik beradik dari menyakiti hati mak, melukai hati mak, jangan sesekali Ya Allah..Ampuni dosa aku!!

INGATLAH JASA BONDA!!

3 comments:

bintubillak said...

salam..tak ajak pun pi..mesti seronok kan dapat jumpe ustazah bahyah depan mata.apepun, thanks atas perkongsian ilmu ni..at least dapat jugak 'buah tgn' dr mereka wlupun tak dapat dgr n catat sendiri..mintak izin..nak copy-paste yerk..boleh kan??:-)

izzah said...

Salam kmbali Maria. Syukran sudi luang masa bc pengisian yg akak postkn ni, terasa nk kongsi ngn shbt2, bermanfaat InsyaAllah. Iyee, seronok sangat, dpt jumpe dpn mata, brgmbr dgn ustazah dan paling penting mmg bertuah rasa pegi mlm td, input yg ckp berguna, sm2 kita amalkan petua yg di beri, InsyaAllah.
Iyee, akak izinkan untuk copy dan berkongsilah dgn shbt2 lain. Salam Perjuangan!

Ono Karsono said...

Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Alhamdulillah saya sedang mencoba mengamalkan petua ini, mohon do'a semoga selalu dapat istiqomah ya... Amin.
Wassalamu'alaikum Wr.Wb.