Wahai Jiwa...Wahai Hati...Wahai Perasaan...Sedarilah... 1:52 AM

Wahai Jiwa...
Lumrah ciptaan Allah SWT, kecewa menghampiri dikala kamu diuji, putus asa terbit dikala kamu berdepan dengan kegagalan.

Wahai Hati...
Lumrah ciptaan Ilahi, sedih dikala kamu diuji dengan pelbagai cabaran, gelisah dikala kamu berdepan dengan apa yang kamu mahu tidak tercapai, tidak tenang tidak tenteram menghantui diri dikala kamu menghadapi kegagalan.

Wahai Perasaan...
Lumrah ciptaan Tuhan Yang Maha Berkuasa, kadang kita gembira, kadang kita sedih, kadang kita kecewa, kadang kita marah, kadang kita menyerah kalah.

Namun...
Ingatlah Jiwa...
Ingatlah Hati...
Ingatlah Perasaan...
Kamu dicipta melengkapi hidup manusia.
Manusia amat bertuah kerana dicipta KESABARAN, KEIMANAN dan KETAQWAAN yang akan menemanimu dikala kamu kesusahan, dikala kamu kelemahan, dikala kamu berdepan dengan Jiwa, Hati dan Perasaan yang duka.

Ingatlah...
Allah tidak akan menzalimi hamba-hambanya,
Allah menguji setiap hambanya mengikut kemampuan,
InsyaAllah kita mampu untuk menghadapi setiap ujiannya.

Ingat!!!
Kita ada Allah, Kita ada Sabar, Kita ada Taqwa, Kita ada Iman.

Manusia dicipta berbeza dengan orang bukan Islam, mereka dengan agamanya, kita dengan agama Islam yang Benar di sisi Allah. Kita ada kewajipan 5 waktu sehari semalam, kita ada doa, kita ada zikir. Mereka juga ada cara untuk mengadu pada tuhannya tetapi hakikatnya, tuhan mereka tidak boleh mendengar sebaliknya yang mendengar rayuan mereka adalah Tuhan kita Allah SWT. Allah tidak mahu dengar rayuan mereka berkali-kali, sekali mereka merayu Allah akan maqbulkan tetapi berbeza dengan kita umat Islam. Allah tidak mahu dengari rayuan kita hanya sekali tetapi Allah menunggu rayuan dan doa kita yang berkali-kali.

Kadang-kadang kita terfikir...
Kenapa aku kecewa? Kenapa aku sedih? Kenapa aku putus asa? Kenapa Allah tidak maqbulkan doa aku sebagaimana 'doa mereka'?

Ingatlah 'aku'...
Allah mahu mendengar rintihanmu,
Allah mahu melihat sujudmu padaNya,
Allah menunggu kamu wahai 'aku'...

Pergilah kepadaNYA setiap saat, setiap detik dan dalam apa jua keadaan..
InsyaAllah DIA menyambut kedatanganmu...

#KEMANISAN dalam PERJUANGAN dirasai apabila berhadapan dengan CABARAN.
KETENANGAN yang HAKIKI dirasai dengan MANISNYA IMAN.
KEKERDILAN DIRI dirasai dengan SIFAT KEHAMBAAN dan KETAQWAAN#

Hayatilah wahai jiwa...
Hayatilah wahai hati...
Hayatilah wahai perasaan...

0 comments: