ISU PENDIDIKAN ANAK-ANAK 4:09 PM

MENGUBATI PENYAKIT REMAJA

Fenomena anak-anak remaja bergaul bebas lelaki perempuan sambil melepak, merempit dan membuang masa dengan pelbagai aktiviti tidak berfaedah, menunjukkan golongan ini benar-benar sedang berada dalam kemelut jiwa dan keserabutan fikiran. Persoalannya, mengapakah anak-anak remaja ini menghadapi pelbagai masalah sosial yang mana sebahagian besar masalah ini tidak pernah berlaku suatu ketika dahulu? Siapakah sebenarnya yang menghadapi masalah dan dari manakah punca masalah itu tercetus? Menurut Dr. Muhammad Sa’id Ramadan al-Butiy dalam buku beliau berjudul Menangani jiwa Remaja, pada dasarnya golongan remaja tidak menghadapi sebarang masalah dalam soal apa sekalipun, bila dan di mana sahaja jika mereka termasuk ke dalam golongan orang-orang yang cerdas, orang-orang yang tunduk pada aturan kemanusiaan dan ketetapan tabi’i. Namun, sebahagian besar masyarakat menuding jari kepada golongan remaja dengan mengatakan merekalah yang bermasalah, menjadi punca kepada masalah dan menyebabkan masalah kepada orang lain. Menurut Dr. Sa’id Ramadan al-Butiy bahawa golongan remaja pada asalnya tidak menghadapi sebarang masalah, tetapi mereka telah dijangkiti oleh masalah yang sudah terlebih dahulu ada dalam masyarakat tempat tinggal mereka. Dengan kata lain, jika baik masyarakat itu maka baik pulalah golongan remajanya dan jika buruk masyarakat itu maka rosak pulalah golongan remajanya.

Oleh sebab penyakit yang ada pada golongan remaja adalah kesan dan akibat yang datang dari masyarakatnya, maka pengubatan hendaklah ditujukan kepada masyarakat seluruhnya, bukan kepada salah seorang daripada anggota masyarakat tersebut. Hanya ada satu ubat yang dapat mengubati penyakit remaja, iaitu melahirkan masyarakat yang jujur terhadap dirinya sendirinya, mencakupi setiap aspek dan bidang. Bagi mencapai tujuan ini, seluruh anggota masyarakat hendaklah memberi segenap kemampuan yang ada untuk saling tolong-menolong dalam mencapai sasaran ini. Seluruh institusi pendidikan perlulah berusaha dengan segala upaya untuk sampai ke arah ini. Penerbit buku, majalah, surat khabar dan media massa hendaklah tidak tersasar dari jalan ini, dan pada waktu yang sama memastikan setiap kegiatannya tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Media massa tidak sewajaranya menulis tentang nasihat-nasihat dari ulama-ulama terkenal, tetapi pada masa yang sama menyiarkan pula perkara-perkara yang menyemarakkan lagi masalah yang sedia ada. Budaya Barat yang merosakkan tidak sewajarnya diagung-agungkan. Hakikatnya, kegilaan yang menguasai golongan remaja di Amerika dan sebahagian besar Eropah yang mempraktikkan cara hidup haiwan adalah kegilaan yang berpunca dari kekosongan jiwa dan jauh dari ajaran agama. Kita perlu ingat bahawa sekali kita mempraktikkan peradaban Barat, maka hal itu akan menjerumuskan masyarakat kita ke dalam kekosongan jiwa.

jiwa dan fikiran kita dari serangan yang datang.rmasuk dalam jangkauan kemampuan kita.kita ke dalam kekosongan jiwa.dan jauh daSesungguhnya ada kalanya mengubah sesuatu keadaan bukanlah termasuk dalam jangkauan kemampuan kita. Tetapi yang pasti kita memiliki kemampuan sama ada besar atau kecil untuk membentengi jiwa dan fikiran kita dari serangan yang datang.

posted by izzahhusna

1 comments:

sinarnurani said...

salam..isu masalah gejala sosial di kalagan remaja pada hari ini semakin menjdai-jadi. ini kerana adanya beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala sosial dikalangan remaja. ape yang penting pada pandangan saya pada hari ini punca berlakunya gejala sosial di kalangan remaja ini ialah faktor pengaruh dari kawan2.. tetapi ibu bapa juga perlu memberi perhatian yang lebih terhadap anak2 pada hari ini...